Tuesday, January 31, 2012

Resipi Dapur Berasap

Peace be upon you

hai readers...aauumm...first of all,sorry because i have change my url...hoho unclesetem.blogspot.com..ini yang terbaru...yang buncit buncit itu dah tak guna lagi...hehe semua nya sudah tukar,dari layout sampai lah ke writing...tukar angin lah katakan..

okaylah..malam ini nak berkongsi tentang resepi dapur berasap iaitu roti hotdog quaker oat...entry dulu aku ada cerita pasal aku suka bawak roti hotdog pergi potluck kelas kan...jadi aku nak cerita lah macam mana aku buat....biar lah nak kata senang ke apa,blog aku sukahati lah aku nak tulis apa...sebenarnya aku utamakan kepada cik kiah yang dok desak aku tanya resepi ini..ha nah!amik kau...buat jangan tak buat ye....

mula-mula...baca doa dulu...minta di permudah kan nak main masak-masak ini..sebelum itu minta kebenaran ibu bapa nak main api ini..hati-hati kerna boleh terbakar diri.....

BAHAN-BAHAN:

1.roti bundle gardenia ke,massimo ke,hi-5 ke *terpulang jenama apa
2.hotdog yang original ke,yang ada cheese ke blackpepper ke *terpulang okay
3.telur gread B ke HB ke AB ke *terpulang juga
4.quaker oat jenama TESCO ke KR1M ke

#aku tak letak jumlah sebab semua nya terpulang kepada berapa kuantiti yang anda perlukan..kalau nak makan sepuluh potong,boleh guna 5 keping roti dan 5 ketul hotdog sebab nanti boleh potong dua...jimat bukan??

mula-mula sekali..keluar kan jumlah roti yang anda perlukan dan hotdog...kemudian kita akan masukkan ke dalam steam cooker,...cara ini sebab kita nak lembutkan roti,kita kukus diaa kasi lembut...baru senang nak lenyek dia guna pengguling nanti..hoho manakala hotdog kita rebus ye..kasi dia masak..sebenarnya nak kurangkan penggunaan minyak..kolesterol kan...



ini pengkukus



ha macam ini..kalau tak nak kukus pun takpe...tapi nanti roti masa nak gulung senang terkopek..hah KOPEK?haha senang terkoyak nanti...abaikan kopek itu..kalau kukus,lebih kurang 2 minit dah boleh angkat,kira-kira dah lembik...kemudian bila semua dah angkat,roti lembut tadi kita lenyek guna pengguling..macam mana?ha tengok ini,budak darjah 4 buat...



seronok nya adik lenyek roti nie



dah lenyek semua letak tepi...tunggu pulak hotdog kita masak...kita tunggu dia jadi lembut..kalau boleh jangan lama sangat,nanti hotdog jadi kecut...hewhew



kecut dah ha..


agak-agak dah masak..kita keluar kan dia..tapis dulu,biar kering...kemudian kita dah boleh prepare gam..gam??ye gam..pelekat roti lah...biasa nya orang akan guna tepung...guna tepung gandum je,kuantiti dia pun agak-agak...kemudian letak air suam..biar likat ye...tak mo cair-cair..kalau nak yang lagi mudah,guna air suam je jadi gam...tapi aku lebih suka guna tepung...yang dalam bekas itu adalah gam ye,kasi likaaaat...



masa untuk menggulung


okay..semua bahan dah prepare..kita dah boleh menggulung...ambil sekeping roti yang dah lenyek tadi,kemudian letak hotdog yang dah masak,baru boleh gulung,dekat penghujung nanti baru letak tepung likat tadi....gulung lah dengan lemah lembut dan bersopangg santung...buat macam dalam gambar tau..kan kemas tuuu...hehe

bila dah siap semua..kita prepare bahan saduran pula...pecah kan beberapa biji telur agak-agak dengan kuantiti roti hotdog kita..bukan apa,tak nak membazir...kemudian,kita tabur kan quaker oat atas dulang leper,sebab senang nak rata kan ke seluruh badan rotii..ohh seronok nya jadi roti...:)) bila dah celup roti hotdog tadi dalam telur,kemudian golek kan dia atas quaker oat tadi,kalau boleh menyeluruh ye,kemudian panas kan kuali dan minyak dan mula lah menggoreng...agak-agak warna dah kuning keemasan baru lah angkat dan tos kan dia...boleh lah menghidang..:)

em selain quaker oat,kita juga boleh menggunakan biskut sebagai saduran...mula-mula kita ambil beberapa kepingan biskut..sebagai contoh,biskut JACOB,kemudia kita blend dia ataupun tumbuk sehingga menjadi serbuk....pun sedap jugak..kemudian..kita dah boleh menggoreng..sorry tak ada gambar menggoreng sebab aku tak goreng lagii,simpan untuk breakfast besok..hikhok...

actually aku skip study malam ini,maklum le sibuk sekarang dengan kelas memandu....dalam pada itu,aku curi curi ke dapur,memasak sebentar...kejap lagi baru sambung study..jumaat ini ada ujian...seramseram..:X

baiklah,sekalian pembaca boleh mencuba resepi ini...ia nya mudah untuk disediakan..boleh dijadikan bekal untuk bawa ke potluck kelas,sebagai minum petang boleh dan juga bekal untuk adik-adik kesekolah...
hot gituu kan.....

#SELAMAT MENCUBA




chef-at-home